Wahai Kawan-Kawan, Bukalah Minda Sikit

Post ini ditujukan kepada kawan-kawan saya yang dari Muslim Consumers’ Association of Malaysia (PPIM) dan Pewaris. Berikut adalah keratan akhbar yang dipetik dari The Malaysian Insider:

2 groups lodge report against ISA detainee Teresa

KUALA LUMPUR, Sept 14 ~ The Muslim Consumers” Association of Malaysia (PPIM) and the Islamic NGOs, Heritage Associations, Malay Cultural Organisations and Related Bodies Cooperation Network (Pewaris) today lodged police reports against Selangor executive councillor Teresa Kok over her alleged act to prohibit the “azan” call to prayer at mosques and surau in Kota Damansara, Sri Serdang and Puchong Jaya.

The reports were made by Pewaris advisor Rahimuddin Md Harun and PPIM complaints officer Mohd Nor Imran Yusuf at the Sentul district police headquarters at 11am.

Rahimuddin told reporters later the police reports were lodged because Kok’s statements could allegedly hurt the feelings of the Muslim community.

“We have made the reports so that the police can carry out the investigations on her because it is feared that the statements can spark racial animosity in Malaysia,” he said.

PPIM secretary-general Datuk Dr Ma’amor Osman said in a statement that PPIM supported the government’s detention of Kok, Malaysia Today blogger Raja Petra Kamarudin and Sin Chew Daily reporter Tan Hoon Cheng under the Internal Security Act (ISA) on Friday.

Tan was released yesterday.

“The detentions are proof that the government does not remain silent in matters involving racial sensitivities and the Federal Constitution.

“Matters such as these should be viewed seriously because, if ignored, they could incite hatred in the people, especially the Malays, because their special position has often been disputed by certain quarters,” he said.

Nasihat saya kepada kumpulan-kumpulan berikut adalah supaya jangan membuta-buta nak buat repot polis tanpa membuat penilaian atau mencari bukti yang secukupnya. Bacalah akhbar lain atau media lain selain daripada akhbar Utusan Malaysia. Akhbar inilah yang paling handal dalam taktik mengapikan isu-isu perkauman demi menghangatkan berita dan meningkatkan jualan. Ini sebenarnya sejenis taktik bodoh (lame) yang sering digunakan oleh segelintir penulis blog untuk menambah ‘hit count’ atau meningkatkan populariti mereka.

Kalau malas nak cari, saya telah carikan artikel-artikel yang berikut (Kesemua dipetik dari Malaysiakini). Bagi muka, baca baik-baik, boleh tak. My comments in bold red.?

Masjid Kinrara guna pembesar suara seperti biasa

Masjid Kinrara meneruskan amalan menggunakan pembesar suara seperti biasa kerana reaksi masyarakat bukan Islam di situ nampak tiada masalah, kata Pengerusi jawatankuasa masjid tersebut, Abdul Rahman Nasir.

“Penduduk Cina yang kita jumpa, banyak tidak ada masalah. Ada yang suka sebab boleh bangun awal,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas solat Jumaat hari ini.

Dalam petisyen mereka, penduduk  yang menandatangani petisyen tersebut, meminta memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut. (Klaw: Adakah ini berkaitan dengan azan?)

Selepas berbincang dengan Satim yang juga wakil rakyat kawasan tersebut, Abdul Rahman berkata, Satim berkata ia merupakan perkara yang sensitif dan jika perlu, dibuat laporan polis.

Bagaimanapun, kata Abdul Rahman, sehingga ini, pihaknya tidak membuat sebarang laporan polis berhubung petisyen tersebut.

Beliau juga berkata, tidak ada ahli politik, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Teresa Kok yang datang ke masjid tersebut berhubung petisyen penduduk berkenaan. (Klaw: Adakah Teresa Kok terbabit dalam petisyen ini?)

Penduduk bukan Islam tidak bantah laungan azan

Penduduk bukan Islam di Seksyen 5 Bandar Kinrara, Puchong tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan di Masjid Bandar Kinrara di situ.

Sebaliknya, mereka hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis ceramah, kuliah Subuh, kuliah Maghrib serta bacaan ayat al-Quran yang menggunakan kaset dan CD sebelum sembahyang Subuh di masjid tersebut.

Menurut mereka, ini kerana ia mengganggu mereka untuk berehat atau bangun lewat, terutama pada hari Ahad dan juga untuk mengajar anak-anak mereka belajar pada sebelah malam.

Menurutnya, petisyen tersebut dihantar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman, pada pertengahan bulan Februari lalu.

Salinan petisyen itu, jelasnya, turut diserahkan kepada pihak masjid berkenaan, juga pada pertengahan bulan Februari lalu.

Bagaimanapun, kata Ee, salinan petisyen itu dihantar ke pejabat Teresa Kok yang juga Adun Kinrara dan exco kerajaan negeri Selangor, selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Beliau menjelaskan, pihaknya turut menghantar salinan petisyen itu kepada Teresa kerana beliau merupakan Adun yang terdekat dengan kawasan itu, selain Satim (Klaw: Kalau saya hantar petisyen Hindraf ke Jabatan Perdana Menteri, adakah Perdana Menteri kita wajar dikurungkan dalam kem ISA Kamunting kerana terlibat dengan aktiviti Hindraf?).

“Kita di peringkat bawahan ini tidak senang untuk berjumpa dengan pemimpin atasan. Saya harap pemimpin di peringkat atasan dapat berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Faulty PA system the cause of ’silent’ azan

Masjid Kota Damansara officials have denied that their mosque had ceased sounding the azan from its loudspeakers due to pressure from non-Muslims.

They clarified that it was a damaged amplifier that resulted in the calls to prayers to be made without the aid of a PA system. (Klaw: Wahai kawan-kawan, adakah terbaca penjelasan ini dari Utusan Malaysia?)

Secretary of the three-week-old mosque Ahmad Redzuan Samsudin said a police report was lodged on Wednesday against former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo for claiming pressure from non-Muslims and a state exco-backed petition had forced them to stop making the azan through the loudspeaker.

“Last Saturday (Aug 30), lightning during a thunderstorm had struck and damaged the PA system. Thereafter, we borrowed equipment from the SMK Kota Damansara in Section 10, but problems with the wiring further delayed us from sounding the azans through the loudspeaker.
“There was no pressure from non-Muslims,” said Redzuan when contacted. (Klaw: Baikilah cepat sikit, jangan diperalatkan oleh Khir Toyo.)

The police report, lodged by mosque head Hassan Basri alias Basri Mohd at the Kota Damansara police station, quotes the latter as saying: “I see all of this as slander and an attempt to give rise to prejudice among the various races in Kota Damansara, an act of provocation to divide the community.”

In a Sept 9 Utusan Malaysia report, Khir was reported to have urged the opposition Pakatan Rakyat-led Selangor government not to concede to purported moves by “a certain party” to issue directions against azan made from loudspeakers of mosques in Kota Damansara and Puchong.

Dr Mariah dakwa isu kaum ‘permainan politik Umno’

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud mendakwa, isu perkauman yang ditimbulkan sejak akhir-akhir ini adalah “permainan politik Umno kerana kehilangan sokongan daripada rakyat bukan Melayu”.

“Sekarang mereka berusaha untuk mendapatkan balik sokongan Melayu Islam, kononnya dengan memperjuangkan Islam,” kata Dr Siti Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja di Selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Khir Toyo yang mendakwa ada usaha untuk menghalang laungan azan di Selangor.

“Kami tidak sekali-kali membenarkan pihak-pihak begini, untuk membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia,” kata Dr Mariah.

Sehubungan itu beliau menyarankan, jika timbul perkara-perkara yang tidak menyenangkan agama lain, maka ia boleh dibawa berbincang di kalangan pemimpin pakatan terutama di negeri-negeri yang diperintahnya.

Beliau menafikan isu azan telah dibahaskan oleh (Ahli Dewan Undangan Sri Serdang), Datuk Satim Diman dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Pagi ini saya telah terima satu hansard dari Speaker - muka surat 44 hingga 49 iaitu catatan perbahasan Datuk Satim - tidak ada langsung timbul mengenai laungan azan, sedangkan dalam kenyataan Dr Khir, beliau mengatakan PKR dan PAS tidak berbuat apa-apa bila perkara itu timbul,” katanya.

Katanya, beliau menyemak hansard tersebut berikutan tulisan blog pembelamelayu.com yang mendakwa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok,  menyokong petisyen penduduk membantah azan di Puchong yang diserahkan kepada Satim Diman dan dibawa ke sidang DUN.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendapati tidak ada petisyen yang dibawa ke dalam sidang DUN.

Bacalah sendiri. Masyarakat Malaysia telah dipermainkan dan diperalatkan oleh Khir Toyo dan akhbar Utusan Malaysia dalam usaha oleh UMNO untuk mewujudkan keadaan tegang dimana umat-umat Islam di Malaysia mempunyai syak wasangka terhadap masyarakat bukan Islam. Ini juga merupakan usaha Khir Toyo, yang hendak menjadi Ketua Pemuda UMNO dan akhbar Utusan Malaysia untuk digelarkan pembela bangsa Melayu dan Islam.

Pada pandangan saya, seorang pembela bangsa yang jati adalah seseorang yang berupaya meningkatkan masyarakatnya dari segi ekonomi dan rohani. Bukan meningkatkan cara hidup orang-orang yang telah kaya-raya (seperti polisi kerajaan kita) tetapi orang-orang yang miskin dan ditindas.

Khir Toyo, Utusan Malaysia, dan penulis blog PembelaMelayu merupakan pembela bangsa yang palsu dan patut dikritik, terutamanya dari masyarakat berbangsa Melayu sendiri. Adakah tugas seorang pembela bangsa untuk menanam benih kebencian terhadap bangsa, masyarakat, atau individu yang lain? Adakah ini sesuatu yang akan membawakan kebaikan kepada masyarakat tersebut, terutamanya dalam negara yang bermasyarakat majmuk seperti Malaysia? Fikirkan baik-baik. Adakah masyarakat yang bertindak kasar terhadap masyarakat yang lain merupakan sejenis masyarakat yang maju dan berhemah dan akan dihormati oleh masyarakat lain?

Sebenarnya, saya berasa sangat bimbang terhadap masa hadapan negara kita. Terdapat banyak ahli-ahli politik yang hanya mementingkan bangsa sendiri, tanpa memikirkan kepentingan bangsa-bangsa yang lain. Ini terutamanya dari parti politik UMNO, MCA, dan MIC. Walaupun terdapat segelintir rakyat yang mengutamakan negara dahulu sebelum bangsa, ini hanya merupakan minoriti. Sehingga kesemua rakyat, tidak kira kaum atau bangsa, boleh bergabung sebagai orang Malaysia untuk menghadapi dunia dan fenomena globalisasi, negara kita akan tetap mundur dan akhirnya akan dipintas oleh negara lain seperti Indonesia dan Vietnam. Pada masa itu, kitalah yang akan menjadi bahan ketawa negara lain dan mungkin akan menjadi sumber ekspot tenaga buruh kasar yang termurah di kalangan negara-negara ASEAN.

Saya sedar bahawa Bahasa Melayu saya agak lemah, dan kalau saya telah mengelirukan saudara atau saudari, saya hendak memohon maaf. Tujuan utama post ini adalah supaya kita sebagai rakyat Malaysia akan cuba berfikir sendiri dan tidak dipengaruhi oleh pihak-pihak yang suka melihat petelingkahan antara kaum. Dalam kes Khir Toyo, dia hanya berbuat begitu semata-mata untuk memenangi posisi Ketua Pemuda UMNO, yang dalam sejarah parti tersebut akan menyokong pemimpin-pemimpin yang agresif terhadap kaum lain. Saya tidak malu untuk memberitahu seluruh dunia bahawa saya hanya mendapat C5 dalam SPM tetapi masih tidak terlewat untuk saya memperbaiki cara penulisan saya, dan kalau ada saudara atau saudari yang sanggup memberi tunjuk ajar, sila emel saya (Guna link Contact di atas blog ini).

Hiduplah rakyat, tak kira apa bangsa.

You Might Find These Interesting

Thank you for reading Malaysians Say The Darndest Things! If you like what you just read, you should consider subscribing to this blog in a feedreader. Alternatively, you could also subscribe via email, and you will get a daily digest of the day's posts. Your email is strictly protected and will never be used for spam or marketing purposes.

6 Responses to “Wahai Kawan-Kawan, Bukalah Minda Sikit”

Add your comment

  1. Psychoric said:

    The country will only advance and prosper, when all the Chinese and Indian leave. Then there is no racial conflict and government can put in all effort to build the country. So when Dr Cetek said Malaysia Vision 2020, he actually meant Malay Wawasan 2020 ;)
    Psychoric’s last blog post…20080909 Today’s Photo - Panaroma

    September 15, 2008 at 10:50 am

  2. suealeen said:

    klaw,
    glad that u’re trying to use BM in your post. makes my day!

    cheers!

    suealeen’s last blog post…Invitation…

    September 15, 2008 at 11:47 am

  3. cchivy said:

    Klaw,

    Penulisan kamu cukup baik and berkesan….Ringkas dan tepat :)

    Teruskan usaha.

    cchivy’s last blog post…I bought Starbucks.

    September 15, 2008 at 5:22 pm

  4. kamajans said:

    komen secara membina

    September 23, 2008 at 4:41 pm

  5. kamajans said:

    sentiasa berfikiran positif cari jalan memperbaiki masyarakat bukan memecah belahkan masyarakat

    September 23, 2008 at 4:52 pm

  6. kamajans said:

    belajar menjadi insan mulia sangat susah tapi menyusahkan orang amat senang jadi fikirkanlah

    September 23, 2008 at 4:57 pm

Leave A Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>


eXTReMe Tracker